Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Februari 2017

Bola Sepak : Undian Kumpulan Piala Presiden 2017

Saingan Bola Sepak Piala Presiden 2017 akan bermula pada 23 Februari 2017 akan datang. Saingan pasukan bawah 21 tahun ini adalah edisi ke 31 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1986. Kejohanan ini telah mencungkil dan melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat yang seterusnya diketengahkan ke peringkat saingan lebih tinggi mewakili pasukan negeri. Terdapat juga pemain yang menyerlah terpilih untuk menjalani latihan serta mewakili pasukan kebangsaan di bawah peringkat umur masing-masing. Pada edisi Piala Presiden 2016 yang lalu, pasukan Kelantan telah muncul juara menewaskan pasukan TTeam dengan kemenangan agregat 3-1.

Piala Presiden 2017 melibatkan 20 pasukan di mana mereka telah diundi dalam 2 kumpulan. 4 pasukan terbaik setiap kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir seterusnya merebut 4 slot pasukan ke saingan separuh akhir serta 2 slot pasukan ke saingan akhir. Bual Sukan percaya, setiap Ketua Jurulatih pasukan mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing untuk memberikan tentangan sengit kepada lawan yang dihadapi. Dengan tahap disiplin terbaik pemain sama ada di luar atau di dalam gelanggang, mereka pastinya mempunyai potensi yang boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak mustahil, pemain-pemain pelapis sama ada untuk pasukan yang diwakili atau di peringkat yang lebih tinggi mampu dicungkil seterusnya memberikan sinar kepada persada bolasepak tanahair di masa akan datang. Berikut adalah keputusan undian Piala Presiden 2017 :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa