Nuffnang Ads

Ahad, 5 Februari 2017

Lumba Basikal : Le Tour de Langkawi 2017

Jelajah Lumba Basikal Lebuh Raya berprestij peringkat Asia, Le Tour de Langkawi Malaysia 2017 akan kembali mewarnai kalender sukan negara. Jelajah yang mendapat pengiktirafan 2.0 HC (Hors Categorie) daripada International Cycling Union (UCI) dalam Jelajah Asia UCI (UCI Asia Tour) telah memasuki edisi ke 22 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1996 yang lalu. Jelajah LTdL 2017 dijadualkan bermula pada 22 Februari dan berakhir pada 1 Mac 2017 akan datang. Perlumbaan melibatkan 8 peringkat dengan jumlah jarak adalah 1,225.0km bermula di Kuala Berang dan dijadualkan berakhir di Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Setiap peringkat dilihat amat mencabar kekuatan fizikal dan mental semua pelumba yang menyertai edisi kali ini di mana terdapat zon pecutan serta zon pendakian yang memerlukan disiplin kayuhan terbaik pelumba. Laluan terjauh edisi kali ini adalah peringkat 2 bermula dari Jerteh dan berakhir di Gerik dengan jarak 208.1km manakala laluan pendakian edisi kali ini adalah pada perlumbaan peringkat 4 bermula di Seri Manjung dan berakhir di Cameron Highlands sejauh 174.0km. 4 kategori individu menjadi rebutan iaitu Juara Keseluruhan (Jersi Kuning), Raja Pecut (Jersi Hijau), Raja Bukit (Jersi Merah) dan Pelumba Terbaik Asia (Biru) manakala 2 kategori berpasukan iaitu Juara Keseluruhan Berpasukan serta Pasukan Terbaik Asia. 
Peringkat Perlumbaan Jelajah Le Tour de Langkawi 2017 Malaysia
20 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini. Bual Sukan mengharapkan pelumba negara mampu melakukan kejutan pada edisi kali ini. Semoga penganjuran edisi kali ini berjalan dengan lancar dan baik. Selamat berlumba kepada semua pelumba basikal lebuhraya yang mewakili pasukan masing-masing.

Senarai 20 Pasukan Jelajah Le Tour de Langkawi 2017 Malaysia
Team Dimension Data (Afrika Selatan)
Androni Giocattoli (Itali)
Willier Triestina (Itali)
Unitedhealthcare Professional Cycling Team (Amerika Syarikat)
Bardiani CSF (Itali)
Manzana Postobon Team (Colombia)
Nippo-Vini Fantini (Itali)
IsoWhey Sports Swisswellness (Australia)
Vino-Astana Motors (Kazakhstan)
Terengganu Cycling Team (Malaysia)
Aisan Racing Team (Jepun)
KSPO Bianchi Asia Pro Cycling (Korea Selatan)
Giant Cycling Team (China)
7-Eleven Roadbike Philippines (Filipina)
Thailand Continental Cycling Team (Thailand)
Infinite AIS Cycling Team (Singapura)
KFC Cycling Team (Indonesia)
Keyi Look Cycling Team (China)
Team Sapura Cycling (Malaysia)
Pasukan Lumba Basikal Malaysia (Malaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa