Nuffnang Ads

Rabu, 1 Mac 2017

Lumba Basikal : Le Tour de Langkawi 2017 Berakhir

Jelajah Lumba Basikal berprestij Asia, Le Tour de Langkawi 2017 berakhir dengan jayanya pada hari ini 1 Mac 2017. Edisi LTdL 2017 menyaksikan pelumba dari Afrika Selatan, Ryan Gibbons yang mewakili pasukan Team Dimension Data muncul selaku juara keseluruhan jelajah LTdL 2017 sekaligus memenangi jersi kuning selaku juara. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Raja Pecut dan memenangi jersi hijau. Raja Bukit selaku pemenang jersi merah edisi kali ini telah dimenangi oleh pelumba Denmark John Ebsen yang mewakili pasukan Infinate AIS Cycling Team. Pelumba dari pasukan Nippo-Vini Fantini, Hideto Nakane memenangi jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.

Bagi kategori berpasukan pula menyaksikan pasukan berpangkalan di Australia, IsoWhey Sport SwissWellness muncul juara keseluruhan berpasukan. Pasukan Vino-Astana Motors muncul pasukan terbaik Asia. Sandaran kepada pelumba-pelumba pasukan negara untuk mengecap kejayaan menyarung jersi kejohanan atau memenangi peringkat pelumbaan tidak kesampaian. Pelumba terbaik negara untuk edisi kali ini adalah Mohd. Shahrul Mat Amin dari pasukan Terengganu Cycling Team yang menamatkan pelumbaan di tempat ke 29 keseluruhan serta ketiga terbaik Asia. Bual Sukan percaya, pelumba profesional negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa jika diberikan pendedahan yang lebih banyak di masa akan datang. Tahniah kepada pengajur edisi Le Tour de Langkawi 2017. Semoga berjumpa di edisi Le Tour de Langkawi 2018 akan datang. Berikut adalah gambar pemenang edisi Le Tour de Langkawi 2017 (Sumber dari http://www.ltdl.com.my/2017/index.asp)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa