Nuffnang Ads

Ahad, 11 Mac 2018

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018

Kehangatan saingan liga bola sepak kebanggaan negara Liga Super telah kembali dengan dua belas (12) pasukan akan bersaing merebut gelaran juara liga. Liga yang kini dikenali dengan nama Unifi Liga Super 2018 ini pastinya menjanjikan saingan sengit. 

Pasukan juara bertahan yang juga juara empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim FC (JDTFC) pastikan sekali lagi turun beraksi selaku pasukan pilihan untuk muncul juara buat kali kelima. Namun begitu, sebelas (11) pasukan lain iaitu Pahang, Kedah, Perak, Selangor, PKNS FC, Melaka United dan Kelantan serta empat (4) pasukan baru saingan edisi kali ini Kuala Lumpur, Terengganu FC (TFC), PKNP FC serta Negeri Sembilan pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada JDTFC. 

Dengan saingan liga yang panjang, prestasi serta konsistensi pasukan serta barisan pemain pastinya menjadi keutamaan pasukan masing-masing untuk terus mengekalkan momentum dalam setiap perlawanan. Keupayaan setiap pasukan mengambil peluang mencipta dan melakukan jaringan selain disiplin bertahan serta mengikut percaturan Ketua Jurulatih masing-masing pastinya menjadi antara ramuan terpenting membentuk pasukan yang mantap. Selain itu, peranan penyokong juga tidak boleh dipertikaikan kerana mereka adalah pemain kedua belas (12) pasukan masing-masing kerana mereka sentiasa setia bersama pasukan sama ada ketika prestasi memuncak ataupun sebaliknya. 

Dengan tambahan kuota lima (5) pemain import iaitu 3 kuota pemain bebas, 1 kuota pemain Asia dan 1 kuota pemain ASEAN saingan musim ini pastinya akan lebih menarik. Gabungan barisan pemain berpengalaman, pemain import serta pemain muda pastinya akan membentuk pasukan yang terbaik dan mantap. 

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya menetapkan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) untuk mencapai sasaran pasukan masing-masing. Berikut adalah Jadual Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 (Sumber : FMLLP Malaysia):

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa