Nuffnang Ads

Isnin, 19 Mac 2018

Bola Sepak : Malaysia lawan Mongolia

Pasukan Bola Sepak kebangsaan negara atau Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan menghadapi perlawanan antarabangsa kelas A yang juga perlawanan pertama pasukan negara untuk tahun 2018 menentang pasukan Mongolia pada 22 Mac 2018 ini. Pasukan negara yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe yang telah diberi tanggungjawab berat mengambil alih jawatan tersebut daripada Ketua Jurulatih berasal dari Portugal iaitu Nelo Vingada yang telah mengundurkan diri dari mengendalikan pasukan negara. Pasukan Harimau Malaya pastinya akan menjadikan perlawanan menentang Mongolia ini sebagai medan kebangkitan untuk mengembalikan semula maruah pasukan Harimau Malaya yang kini jauh terperosok di kedudukan ke 178 ranking FIFA iaitu kedudukan terburuk pasukan negara setelah melalui musim suram bola sepak kebangsaan tahun 2017 yang lalu.
Di atas kertas, pasukan Mongolia kendalian Ketua Jurulatih dari Jerman, Hans Michael WeiB yang kini berada di kedudukan ke 189 ranking FIFA pastinya merupakan lawan yang boleh dijinakkan oleh pasukan kebangsaan. Namun begitu, pasukan negara tidak seharusnya memandang mudah pertemuan ini kerana pasukan negara pernah diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Macau pada 2016. Ketua Jurulatih negara Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan gabungan pemain berpengalaman serta beberapa pemain naturalisasi dan pemain muda yang membawa cabaran pasukan bawah 23 tahun pada kejohanan AFC di China pada Januari 2018 lalu untuk memperkuatkan pasukan negara menghadapi pasukan Mongolia.

Perlawanan ini juga adalah sebagai persiapan pasukan negara melengkapkan jadual perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2019 UAE menentang Lubnan pada 28 Mac 2018 akan datang di Beirut. Bual Sukan percaya pasukan Harimau Malaya mampu memberikan persembahan yang diharapkan oleh penyokong=penyokong setia Harimau Malaya yang mengharapkan sinar kebangkitan pasukan Malaysia setelah sekian lama mengecewakan. Tidak mustahil tahun 2018 ini mampu memberikan sinar harapan kepada pasukan Harimau Malaya untuk bersaing dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 pada November 2018 akan datang.

Selamat Maju jaya diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya dan semoga kedudukan ranking FIFA pasukan negara mampu dilonjakkan pada tahun 2018 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa