Ahad, 19 Mei 2013

Football : UEFA Champions League 2013 Final

Liga Juara-Juara Eropah 2013 semakin hampir ke penghujungnya dengan 2 pasukan dari Liga Bundesliga Jerman akan berentap pada pentas perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mei 2013 di Stadium Wembley, England. Kejayaan 2 kelab Jerman ini iaitu FC Bayern Munich dan Borussia Dortmund pastinya amat membanggakan arena bola sepak Jerman berikutan kejayaan mengenepikan 2 kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dan FC Barcelona.  Perlawanan akhir tahun ini pastinya menjanjikan aksi perlawanan yang menarik dan mendebarkan. 




Rabu, 1 Mei 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013 (Mei 2013)

Saingan liga bola sepak berprestij Malaysia Liga Super 2013 telah memasuki pusingan kedua dengan penguasaan pasukan Lions XII dengan 28 mata berkelebihan 3 mata mengatasi pencabar terdekat Darul Takzim FC yang mengumpul 25 mata. Manakala pasukan ATM FA, Selangor dan Pahang mengekori rapat pasukan Lions XII dan Darul Takzim FC. Pasukan juara bertahan, Kelantan berada di kedudukan ke 9 Liga Super sekadar mengumpul 17 mata berikutan kemerosotan prestasi mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Pasukan Negeri Sembilan masih mencari rentak kemenangan berada di kedudukan terbawah liga sekadar mengumpul 7 mata daripada 14 perlawanan. Perlawanan-perlawanan seterusnya amat penting bagi kesemua pasukan bagi memastikan pungutan mata berterusan untuk saingan musim 2013 ini. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2013 bagi bulan Mei 2013 :

3 Mei 2013 (Jumaat)

Felda United lwn Perak
T-Team lwn ATM FA

7 Mei 2013 (Selasa)

Perak lwn Negeri Sembilan
Terengganu lwn Lions XII
Pahang lwn Selangor
PKNS lwn T-Team 
ATM FA lwn Darul Takzim FC
Kelantan lwn Felda United

11 Mei 2013 (Jumaat)

Selangor lwn Perak
Negeri Sembilan lwn Kelantan

12 Mei 2013 (Sabtu)

Terengganu lwn Pahang
Felda United lwn ATM FA
Lions XII lwn T-Team
Darul Takzim FC vs PKNS

17 Mei 2013 (Jumaat)

Perak lwn Terengganu
T-Team lwn Darul Takzim FC
Pahang lwn Lions XII

18 Mei 2013 (Sabtu)

ATM FA lwn Negeri Sembilan
Kelantan lwn Selangor
PKNS lwn Felda United

22 Mei 2013 (Rabu) 

Darul Takzim FC lwn Kelantan
Selangor lwn Terengganu
Negeri Sembilan lwn Pahang
Lions XII lwn PKNS

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2013

Saingan berprestij Piala FA 2013 semakin hampir menuju ke peringkat kemuncak saingan dengan 4 pasukan meneruskan saingan di peringkat separuh akhir bagi merebut 2 slot ke perlawanan akhir. Untuk saingan tahun ini, penguasaan hebat pasukan-pasukan dari Pantai Timur diketuai oleh pasukan juara bertahan Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala Darul Takzim FC juga berjaya meneruskan kemaraan menyekat pasukan Selangor The Red Giant. Peringkat separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 dan 28 Mei secara timbal balik di mana pasukan yang berkelebihan agregat akan meneruskan saingan ke peringkat akhir merebut Piala FA 2013. Pasukan manakah yang bakal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir? Mampukan pasukan Kelantan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu? Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2013 (tertakluk kepada perubahan) :

25 MEI 2013 (SABTU)



28 MEI 2013 (SELASA)

Selasa, 16 April 2013

Football : UEFA Europa League 2013 Semi Final

Kejuaraan Liga Europa 2013 telah memasuki peringkat 4 pasukan terbaik di mana kelab Chelsea (England), FC Basel (Switzerland), SL Benfica (Portugal) dan Fenerbahce (Turki) meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir. Pasukan manakah yang bakal mara ke pusingan akhir 2013? Berikut adalah jadual perlawanan peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2013 untuk pusingan pertama dan 2 Mei 2013 untuk pusingan kedua :



25 APRIL 2013



2 MEI 2013


Football : UEFA Champions League 2013 Semi Final Stage

Kejohanan berprestij Liga Juara-Juara Eropah 2013 atau UEFA Champions League 2013 telah memasuki fasa separuh akhir di mana 4 kelab meneruskan kemaraan. Kejohanan tahun ini jelas menunjukkan penguasaan kelab-kelab dari Sepanyol dan Jerman di mana 2 kelab Sepanyol iaitu FC Barcelona dan Real Madrid serta 2 kelab Jerman FC Bayern Munich dan Borussia Dortmund bersaing merebut 2 tiket ke perlawanan akhir. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013 yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 April untuk pusingan pertama dan 30 April dan 1 Mei untuk pusingan kedua :


23 APRIL 2013

24 APRIL 2013

30 APRIL 2013

1 MEI 2013

Isnin, 1 April 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013

Kerancakan saingan Liga Super Malaysia 2013 semakin rancak dengan pusingan pertama saingan melibatkan 11 perlawanan telahpun ditamatkan kecuali bagi pasukan Lions XII dan Perak yang akan melengkapkan jadual pusingan pertama pada 6 April ini. Pusingan pertama menyaksikan pasukan Lions XII mengungguli liga dengan 20 mata berkelebihan 1 mata  dengan saingan terdekat iaitu Selangor dan Darul Takzim FC. Juara bertahan Liga Super Malaysia 2012, Kelantan menamatkan saingan pusingan pertama di tangga ke 7 dengan 14 mata. Memasuki pusingan kedua, saingan Liga Super 2012 pastinya semakin rancak dengan setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik bagi bersaing merebut kejuaraan musim ini. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super 2013 untuk bulan April : 


6 April 2013 (SABTU)
Lions Xii vs Perak

12 April 2013 (JUMAAT)
Perak vs PKNS FC
Terengganu vs Darul Takzim FC

13 April 2013 (SABTU)
Pahang vs T-Team
Kelantan vs ATM FA
Negeri Sembilan vs Lions XII
Selangor vs Felda United

19 April 2013 (JUMAAT)
PKNS FC vs Kelantan
Negeri Sembilan vs Selangor
Darul Takzim FC vs Pahang

20 April 2013 (SABTU)
T-Team vs Perak
Felda United vs Terengganu
Lions XII vs ATM FA

26 April 2013 (JUMAAT)
Terengganu vs Negeri Sembilan
Pahang vs Felda United
ATM FA vs PKNS FC

27 April 2013 (SABTU)
Perak vs Darul Takzim FC
Kelantan vs T-Team
Selangor vs Lions XII
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...