Nuffnang Ads

Sabtu, 29 Disember 2018

Bola Sepak : Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019

Musim panjang bola sepak Liga Malaysia 2019 akan bermula mulai 1 Februari 2019 (Jumaat) akan datang. Setiap pasukan kini sedang giat menjalani latihan serta persiapan pramusim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019 ini.

Pasukan-pasukan juga kini sedang giat memperkuatkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru sama ada pemain tempatan mahupun pemain import. Turut diketengahkan ialah barisan pemain-pemain muda yang berpotensi besar untuk ditonjolkan pada saingan liga 2019 akan datang. Ketua jurulatih pasukan masing-masing juga pastinya akan membentuk sebuah pasukan yang mantap menghadapi saingan dengan barisan pemain tempatan dan pemain import berpengalaman serta pemain muda berpotensi. 

Dengan perbelanjaan mengikut kemampuan kewangan pasukan, pastinya setiap pasukan akan lebih berhati-hati menandangani pemain mereka bagi memastikan pemain yang dibawa bermain untuk pasukan adalah yang benar-benar berkualiti serta berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pasukan. Bual Sukan percaya, setiap pemain yang ditandatangani ini akan memberikan komitmen yang tinggi untuk membantu pasukan masing-masing pada saingan kali ini. Berikut adalah senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2019 (akan dikemakini dari semasa ke semasa):

Johor Darul Ta'zim FC
Aaron Niguez (Sepanyol)
Mauricio dos Santos Nascimento (Brazil)

Perak TBG
Zac Anderson
J.Parthiban
Shahrel Fikri
Hafiz Ramdan

PKNS Selangor FC
Ariff Farhan
Tommy Mawat Bada
Nicholas Swirad
Shafiq Shaharudin
Fandi Othman
Farhan Abu Bakar
Akram Mahinan
Kpah Sherman (Liberia)

Pahang FC

Terengganu FC
Syahmin Yahya
Khairul Anwar
Khairul Izuan
Azalinullah
Ilham Amirullah
Khairu Azren
Shahri Sapien

Kedah
Syakir Hamzah (Singapura)
Anmar Almubaraki (Iraq)
N.Thanabalan
Syahrul Azwari
Azmeer Yusof
Syahrul Igwan
Zaquan Adha
Azamudin Akil
Hidhir Idris
 
Melaka United
Safiq Rahim
Razman Roslan
Shukor Adan
Nazrin Nawi
R.Gopinathan
Saiful Ridzuwan Selamat
Wan Amirul Afiq
Raimi Md Noor
Oscar Wong (Hong Kong)

Selangor
Syazwan Zainon
Abdul Halim Saari
Norhakim Isa
K.Prabakaran
Faiz Nasir
Latif Suhaimi
Nurridzuan Abu Hassan
Wan Zack Haikal

PKNP Perak FC

Kuala Lumpur
Sylvano Comvalius (Belanda)
Ryutaro Karube (Jepun)
Mohd. Khir Jones 

Felda United FC

MISC MIFA

Bola Sepak : Pasukan Liga Premier 2019

Musim baru Liga Premier 2019 dijadualkan bermula pada 1 Februari 2019 (Jumaat) akan datang. Dua belas (12) pasukan akan bersaing merebut dua (2) slot pasukan ke saingan Liga Super 2020 akan datang. 

Setiap pasukan kini sedang giat menjalani latihan pramusim bagi mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan panjang Liga Premier 2019. Selain itu, pasukan juga turut menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain import berkualiti untuk pasukan masing-masing selain mengenengahkan pemain-pemain muda selaku pelapis pasukan masing-masing. 

Seperti Liga Super, pasukan dalam saingan Liga Premier 2019 juga terdapat perubahan di mana terdapat slot pasukan yang perlu diisi melengkapkan saingan dua belas (12) pasukan. Dengan pasukan Kuantan FA yang terpaksa menarik diri pada saingan musim lalu akaibat masalah kewangan yang dihadapi selain slot pasukan MISC MIFA yang kosong ekoran dinaikkan ke saingan Liga Super 2019 menggantikan pasukan Felcra FC. Juara Liga FAM 2018 iaitu Terengganu City FC yang sepatutnya bersaing di Liga Premier 2019 ditolak permohonan ekoran kegagalan mematuhi peraturan berkaitan serta kewangan.   

Ini menjadikan tiga (3) slot pasukan tersebut akan diisi oleh pasukan Terengganu FC II (Juara Piala Cabaran 2018), Selangor United (Naib Juara Liga FAM 2018) serta pasukan Perlis. Dua belas (12) pasukan Liga Premier 2019 akan datang adalah seperti berikut:

Kelantan
Negeri Sembilan
MISC MIFA (Dinaikkan ke saingan Liga Super 2019) 
Johor Darul Ta'zim II
PDRM FA
Sabah
UKM FC
Sarawak
UiTM FC
Pulau Pinang
Kuantan FA (Digugurkan dari saingan Liga Premier)
Terengganu FC II (Juara Piala Cabaran 2018)
Terengganu City FC (Juara Liga FAM 2018) * Permohonan ditolak 
Selangor United (Naib Juara Liga FAM 2018)
Perlis (Dinaikkan dari saingan Liga FAM 2019)  

Bola Sepak : Pasukan Liga Super 2019

Sepak mula Liga Super 2019 dijadualkan pada 1 Februari 2019 (Jumaat) akan datang. Dua belas (12) pasukan akan bersaing merebut takhta kejuaraan musim 2019 ini. Pasukan juara bertahan yang juga merupakan juara lima (5) kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki, Namun begitu saingan sebelas (11) pasukan lain juga pastinya tidak boleh dipandang mudah.

Dengan tempoh persiapan yang panjang, setiap pasukan kini semakin giat menjalani latihan pramusim dengan menandatangani barisan-barisan pemain tempatan serta pemain import berkualiti untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Pada awalnya, juara dan naib juara Liga Premier 2018 iaitu Felda United FC dan Felcra FC layak beraksi di Liga Super 2019. Namun begitu, pasukan Felcra FC terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2019 ekoran masalah kewangan yang dihadapi pasukan mereka.

Dengan penarikan diri pasukan Felcra FC membolehkan pasukan yang menduduki tangga ketiga saingan Liga Premier 2018 iaitu MISC MIFA terpilih mendapatkan slot pasukan kedua belas yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2019 akan datang. Berikut adalah 12 pasukan yang akan bersaing pada musim baru Liga Super 2019 akan datang : 

Johor Darul Ta'zim FC
Perak TBG
PKNS Selangor FC
Pahang FC
Terengganu FC
Kedah
Melaka United
Selangor
PKNP Perak FC
Kuala Lumpur
Felda United FC (Juara Liga Premier 2018)
Felcra FC (Naib Juara Liga Premier 2018) * Tarik Diri
MISC MIFA (Tempat Ketiga Liga Premier 2018)   

Bola Sepak : Liga Malaysia 2019

Musim baru Liga Malaysia 2019 akan bermula pada bulan Februari 2019 akan datang. Saingan pembuka tirai Liga Malaysia 2019 iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2019 dijadualkan pada 2 Februari 2019 menemukan pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) selaku juara Liga Super 2018 dengan pasukan Perak selaku juara Piala Malaysia 2018. 

Dua belas (12) pasukan masing-masing akan bersaing pada edisi Liga Super 2019 dan Liga Premier 2019 akan datang. Bual Sukan percaya edisi kali ini pastinya akan lebih kompetitif dengan setiap pasukan yang bersaing membuat persiapan rapi dengan menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import yang berkualiti untuk pasukan masing-masing. Berikut adalah tarikh-tarikh penting Liga Malaysia 2019 yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa