Nuffnang Ads

Selasa, 12 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Perlawanan Kedua Kumpulan A

Malam ini Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan menyaksikan pertemuan kedua Kumpulan A melibatkan pertembungan antara pasukan juara Edisi Euro 2004 Greece menentang Republik Czech manakala pasukan tuan rumah Poland akan menentang pasukan pilihan Russia.
Dalam perlawanan pertama malam ini, pasukan Republik Czech pastinya ingin mencapai kemenangan bagi menghidupkan peluang pasukan mereka ke peringkat seterusnya setelah mereka dikecewakan apabila tewas dengan jaringan besar kepada pasukan Russia. Pasukan Greece juga pasti memburu kemenangan setelah mereka sekadar mencatatkan keputusan seri menentang pasukan tuan rumah Poland dalam perlawanan pembukaan Euro 2012. Jika dilihat daripada segi kekuatan pasukan, kedua-dua pasukan dilihat seimbang. Namun begitu, Republik Czech dilihat memiliki sedikit kelebihan di mana Greece kehilangan tonggak pertahanan utama mereka Sokratis Papastathopoulos  yang dibuang padang dalam perlawanan pertama.

Pertemuan antara Poland dan Russia, dilihat sedikit memihak kepada pasukan Russia dengan gandingan ketua pasukan mereka Andrey Arshavin, penjaring dua gol ketika menentang Republik Czech Alan Dragoev dan Roman Pavylyuchenko dilihat mempunyai kelebihan berbanding Poland. Namun begitu, ketajaman penyudah penyerang utama Poland Robert Lewandoski pastinya ditagih oleh pasukannya dalam merobek kubu pasukan Russia. Perlawanan ini dijangka sengit dan diramalkan Russia akan menang tipis ke atas pasukan tuan rumah. Poland juga pasti akan terkesan kerana kehilangan penjaga gol utama mereka, Wojciech Szczeesny dibuang padang dalam perlawanan pertama yang lalu.

Semoga kita semua dapat menyaksikan aksi menarik kedua-dua perlawanan ini. 

Final Score : Malaysia 2 vs Singapura 0





 2 (Syakir Ali) (Safiq Rahim)




  0

Euro 2012 : Ukraine Cemerlang


Dua jaringan melalui tandukan dalam masa 7 minit oleh ketua pasukan serta penyerang berbisa Ukraine, Andriy Shevchenko berjaya membantu pasukan tuan rumah Ukraine menewaskan satu lagi pencabar dalam Kumpulan D, Sweden dengan keputusan 2-1. Sweden terlebih dahulu mendahului Ukraine dengan 1 gol apabila ketua pasukan serta penyerang prolifik mereka Zlatan Ibrahimovic berjaya menolak masuk hantaran Kim Kallstrom pada minit ke 52 perlawanan. Gol tersebut hanya bertahan selama 3 minit apabila Shevchenko menyamakan kedudukan pada minit ke 55 sebelum beliau sekali lagi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 62 perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Ukraine menguasai carta kedudukan Kumpulan D dengan 3 mata diikuti oleh England dan Perancis yang berkongsi 1 mata manakala Sweden tanpa sebarang mata. Untuk perlawanan kedua iaitu pada 16 Jun ini, Ukraine akan bertemu Perancis manakala Sweden bakal bertemu England. 

Preview : Malaysia vs Singapura


Malam ini akan menyaksikan pasukan bola sepak Harimau Malaya akan turun menentang Singapura The Lions di Stadium Shah Alam, Selangor. Dalam perlawanan pada 8 Jun yang lalu pasukan negara yang diambang kemenangan sekadar mencatat keputusan seri dalam pertemuan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Dalam perlawanan malam ini, Jurulatih negara Datuk K.Rajagopal pastinya akan sekali lagi menurunkan barisan pemain terbaik negara dalam usaha menebus kekecewaan setelah disingkirkan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil yang lalu. Cabaran pasukan Singapura tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga akan berusaha untuk memalukan skuad Harimau Malaya di gelanggang sendiri.

Pertemuan ini dijangka sengit dan menghiburkan. Apa yang diharapkan ialah mutu permainan pasukan negara dipertingkatkan manakal mutu pengadilan untuk perlawanan malam ini berada di tahap yang baik dan terpuji.

Selamat Berjuang Harimau Malaya..

Euro 2012 : England 1 - France 1

Perlawanan antara pasukan Perancis The Les Blues bertemu England Three Lions baru sahaja ditamatkan dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Perancis jelas dilihat menguasai keseluruhan perlawanan dengan asakan bertubi-tubi oleh rangkaian serangan yang diketuai oleh Karim Benzema dibantu oleh Franck Ribery dan Samir Nasri. Walau bagaimanapun ketangkasan penjaga gol England, Joe Hart berjaya menyelamatkan pasukan England dari dibolosi dengan jaringan yang besar. Barisan pertahanan England yang diketuai oleh John Terry juga harus dipuji kerana berjaya mematahkan asakan-asakan bertali arus pasukan Perancis.

England membuka tirai jaringan pada minit ke 30 hasil tandukan pemain pertahanan Joleon Lescott yang menyudahkan sepakan percuma daripada ketua pasukan Steven Gerrard. Kedudukan itu hanya bertahan 9 minit apabila pemain sensasi Perancis, Samir Nasri menyamakan kedudukan pada minit ke 39 perlawanan. Dengan keputusan ini, Perancis dan England berkongsi 1 mata. 


Keputusan ini pastinya melegakan kedua-dua pasukan kerana selepas ini Perancis akan berdepan dengan Sweden manakala England pula akan berdepan dengan pasukan tuan rumah Ukraine dalam satu lagi perlawanan.

Euro 2012 : 1st Half Update England vs France


ENGLAND 1 (LESCOTT)
VS
 FRANCE 1 (NASRI)



Perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan. England membuka tirai jaringan apabila Lescott menanduk masuk sepakan percuma Ketua Pasukan, Steven Gerrard. Perancis menyamakan kedudukan hasil rembatan padu Samir Nasri yang menewaskan Joe Hart. Joe Hart menafikan beberapa peluang Perancis dengan aksi cemerlangnya menyelamatkan tandukan Alou Diarra. Separuh masa kedua dijangkakan saingan akan bertambah sengit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa