Nuffnang Ads

Rabu, 11 Julai 2012

Piala AFF Suzuki : Malaysia Berdepan Laluan Sukar

Juara bertahan Piala AFF Suzuki dan juga tuan rumah bersama Malaysia berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan B bersama dua negara jiran Indonesia dan Singapura dalam undian yang dikeluarkan. Manakala satu lagi pasukan tuan rumah bersama Thailand pula diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama dengan Vietnam dan Filipina. Lima pasukan lagi iaitu Kemboja, Timor Leste, Myanmar, Brunei dan Laos pula akan melalui pusingan kelayakan di mana dua pasukan teratas akan layak ke peringkat akhir yang dijadualkan bermula pada 24 November 2012 akan datang. Berikut adalah undian yang dikeluarkan untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia-Thailand:  

Kumpulan A: Thailand, Vietnam, Philippines, Pemenang Pusingan Kelayakan
Kumpulan B: Malaysia, Indonesia, Singapore, Naib Juara Pusingan Kelayakan

Pusingan Kelayakan: Cambodia, Timor Leste, Myanmar, Brunei, Laos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa