Nuffnang Ads

Sabtu, 29 Disember 2018

Bola Sepak : Pasukan Liga Super 2019

Sepak mula Liga Super 2019 dijadualkan pada 1 Februari 2019 (Jumaat) akan datang. Dua belas (12) pasukan akan bersaing merebut takhta kejuaraan musim 2019 ini. Pasukan juara bertahan yang juga merupakan juara lima (5) kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki, Namun begitu saingan sebelas (11) pasukan lain juga pastinya tidak boleh dipandang mudah.

Dengan tempoh persiapan yang panjang, setiap pasukan kini semakin giat menjalani latihan pramusim dengan menandatangani barisan-barisan pemain tempatan serta pemain import berkualiti untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Pada awalnya, juara dan naib juara Liga Premier 2018 iaitu Felda United FC dan Felcra FC layak beraksi di Liga Super 2019. Namun begitu, pasukan Felcra FC terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2019 ekoran masalah kewangan yang dihadapi pasukan mereka.

Dengan penarikan diri pasukan Felcra FC membolehkan pasukan yang menduduki tangga ketiga saingan Liga Premier 2018 iaitu MISC MIFA terpilih mendapatkan slot pasukan kedua belas yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2019 akan datang. Berikut adalah 12 pasukan yang akan bersaing pada musim baru Liga Super 2019 akan datang : 

Johor Darul Ta'zim FC
Perak TBG
PKNS Selangor FC
Pahang FC
Terengganu FC
Kedah
Melaka United
Selangor
PKNP Perak FC
Kuala Lumpur
Felda United FC (Juara Liga Premier 2018)
Felcra FC (Naib Juara Liga Premier 2018) * Tarik Diri
MISC MIFA (Tempat Ketiga Liga Premier 2018)   

1 ulasan:

  1. I adore reading through and I conceive this website got some genuinely utilitarian stuff on it! . 토토

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa